Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

PRU-14: Calon MCA Di...

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor bersetuju meletakkan calon MCA untuk bertanding...

Kepimpinan Tertinggi BN Akan...

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bantu dalam mengatasi kemelut...

Bintulu Bersedia Jadi Hos...

BINTULU - Bandar Bintulu kini bersedia untuk menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia...

Operasi Mencari, Menyelamat Kamaliah...

GERIK : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang...

Bekas Banduan Menyamun Bersenjatakan Pistol Angin

Petaling Jaya : Meskipun baru sahaja keluar dari penjara, seorang lelaki tidak serik apabila menyamun kedai serbaneka di daerah ini dengan bersenjatakan pistol angin sejak sebulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, kegiatan itu tidak bertahan lama selepas lelaki berusia 30 tahun berkenaan ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya melakukan serbuan di lokasi berkenaan kira-kira 10 pagi.

“Dalam serbuan itu, kami merampas sebuah motosikal Yamaha Y16ZR, beberapa kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM milik individu lain.

“Selain itu, kami turut merampas sepucuk pistol angin revolver yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, semakan dilakukan mendapati suspek baru keluar dari penjara pada Januari lalu atas kesalahan jenayah samun.

Katanya, sebaik dibebaskan dari penjara, suspek kembali aktif kembali menyamun sejak bulan lalu dengan menyasarkan kedai serbaneka.


“Jenayah itu dilakukan suspek bersendirian pada awal pagi dengan menyamar sebagai pelanggan dan bersenjatakan pistol angin bagi menakutkan pekerja premis.

“Kami percaya pistol angin digunakan suspek berkenaan dibeli secara dalam talian. Hasil kegiatan itu dipercayai digunakan suspek untuk membeli alat ganti motosikal,” katanya yang memaklumkan lelaki itu memiliki rekod kes jenayah dan dadah.

Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati suspek terbabit memiliki rekod berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Kami percaya berjaya menyelesaikan empat kes samun kedai serbaneka di daerah ini dengan penahanan suspek berkenaan.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga semalam dan akan disambung reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori