• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allahyarham Mohd Kamal Banyak Berjasa Kepada Negara

oleh Mohd Arshad
23/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Allahyarham Mohd Kamal Banyak Berjasa Kepada Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia pada Khamis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri awal pagi Khamis.

Ucapan itu disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook beliau pada Khamis.

“Tokoh ilmuan yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini banyak menyumbang dan berjasa kepada negara khususnya dalam bidang pendidikan.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Mohd Kamal dilahirkan pada tahun 1942 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1965. Beliau menyambung pengajian peringkat sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Columbia University, New York pada tahun 1975.

Mohd Kamal dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada Februari 2022 dan sebagai Rektor UIAM pada tahun 1999 sehingga 2006.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

-Sinar Harian

Tags: Allahyarham Mohd Kamal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dilanggar Lari Ketika Melintas Jalan

Next Post

3 Suspek Letupkan Dua Mesin ATM, Larikan RM349,000

Related Posts

No Content Available
Next Post
3 Suspek Letupkan Dua Mesin ATM, Larikan RM349,000

3 Suspek Letupkan Dua Mesin ATM, Larikan RM349,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd