• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen PN Adakan Pemukiman Bincang Belanjawan 2023

oleh AK-47
26/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen PN Adakan Pemukiman Bincang Belanjawan 2023
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengadakan pemukiman bagi membincangkan Belanjawan 2023 sebagai langkah kesediaan mereka untuk menghadiri sesi Perbahasan di Dewan Rakyat pada esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, esok petang adalah gilirannya untuk berbahas.

“Sedang buat persiapan untuk Perbahasan Belanjawan 2023 yang akan bermula esok selama enam hari nanti,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Pada 24 Februari 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023, iaitu belanjawan sulung beliau sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan pada November lalu, serta selepas membentangkan ‘Bajet Mini’ pada Disember lalu.

Kerajaan mengambil langkah berani dengan menyediakan peruntukan besar RM388.1 bilion pada Belanjawan 2023 berbanding RM372.3 bilion pada Oktober 2022.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad memberitahu, ahli-ahli Parlimen PN berkumpul dan berbincang bagi menyemak serta mengimbangi Belanjawan 2023.

Katanya, sesi pertama kupasan adalah daripada mantan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau dikenali sebagai Tok Pa.

“Tok Pa adalah ‘key leader’ dalam merangka program pebasmian kemiskinan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 dan banyak sudah beliau siapkan.

“Banyak lagi akan kami bahaskan esok. Bak pepatah Inggeris: the devils are in the details. We are checking and “exorcising” them for the rakyat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, turut sama yang membuat pembentangan ialah Ahli Parlimen Putrajaya yang juga mantan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

“Diingatkan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen PN ramai yang pernah memegang jawatan menteri dan timbalan menteri sekali gus terlibat dalam membikin Belanjawan sebelum ini serta Rancangan Malaysia ke-12,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: Ahli Parlimen PNBelanjawan 2023PemukimanPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berkemungkinan besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd