• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,832 Pelajar Tercicir Dibawa Kembali Ke Sekolah Tahun Lalu

oleh Mohd Arshad
22/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
6,832 Pelajar Tercicir Dibawa Kembali Ke Sekolah Tahun Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 6,832 pelajar berjaya dibawa kembali ke sekolah sepanjang tahun lalu melalui program ‘outreach’ murid cicir dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata program yang dilaksanakan di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat itu, membabitkan 5,121 murid sekolah rendah dan 1,711 pelajar menengah.

“Objektif program outreach murid cicir ini adalah memberi intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali bersekolah kerana KPM menyedari pandemik COVID-19 yang bermula pada tahun 2020 memberi kesan kepada keciciran murid.

“KPM amat memandang serius kepada isu keciciran dan pelbagai langkah diambil bagi mengurangkan kadar keciciran murid ini,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) yang minta menteri pendidikan menyatakan inisiatif khas KPM dalam menangani isu keciciran pelajar akibat pandemik COVID-19.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, KPM menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) dan dikuatkuasakan ke semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Katanya, objektif GPMBC ini adalah untuk membantu pihak sekolah mengenal pasti dan mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik.

“GPMBC ini juga bertujuan untuk memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD dan sekolah secara berterusan.

“Selain itu, KPM turut menyediakan modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI) sebagai panduan kepada sekolah untuk melaksanakan intervensi dalam menangani keciciran murid.

“Program Ziarah Prihatin turut dilaksanakan dengan mengadakan lawatan ke rumah murid bagi mengenal pasti dan mengesan punca keciciran murid serta memastikan masalah yang dihadapi oleh murid dapat ditangani,” katanya.

Beliau berkata, melalui SUDI dan program ziarah, aktiviti sokongan yang sistematik dapat dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan murid kekal bersekolah sehingga tamat persekolahan.

KPM merujuk definisi keciciran sebagai keciciran daripada sistem pendidikan iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.

BHonline-

Tags: Fadhlina SidekKKMPelajar Tercicir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd