Sample Page Title

BAGAN DATUK: UMNO bersikap terbuka kepada pihak yang mempunyai pandangan berbeza terhadap ketetapan tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, parti itu menyerahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membuat keputusan bagi mengabsahkan ketetapan tersebut yang dipersetujui menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

“Jika ada laporan (kerana tidak berpuas hati dengan usul itu) terhadap RoS, UMNO sangat terbuka untuk mereka mengemukakannya.

“Biarlah RoS menerima keputusan yang dibuat dalam PAU minggu lalu sebagai keputusan yang diabsahkan.

“Dan tentunya sebarang analisis dan spekulasi yang datang daripada mereka yang tidak berpuas hati, biarlah RoS yang akan memuaskan hati mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan jambatan Bagan Datuk-Sejagop di sini hari ini.

Jumaat lalu, dua ahli UMNO menyerahkan memorandum kepada RoS meminta agar usul tambahan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan, yang diluluskan pada PAU minggu lalu, disemak semula.

Mereka mendakwa usul tambahan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, apa yang lebih penting bagi pihaknya ialah perpaduan dalam kepimpinan UMNO dapat dipertahankan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyatakan beliau konsisten dengan pendirian menyerahkan kepada perwakilan UMNO untuk membuat keputusan sama ada dua jawatan itu perlu dipertandingkan atau tidak, dan PAU sebagai perwakilan tertinggi sudah membuat keputusan mereka.

Ahmad Zahid percaya ketetapan tersebut diluluskan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan UMNO dan proses mesyuarat menerusi persetujuan Pengerusi Tetap.

Jelas beliau, berdasarkan Akta Pertubuhan 1996, sebarang ketetapan dalam PAU mesti dikemukakan kepada RoS untuk pemakluman, bukannya untuk kelulusan.

Beliau juga menjelaskan selepas ini akan ada pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian manakala pemilihan jawatan tertinggi akan dibuat di peringkat bahagian pada tarikh yang serentak di seluruh negara.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...