Sample Page Title

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju Pantai Timur dilaporkan sesak dan perlahan ketika ini susulan orang ramai masih mengambil peluang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK)@E8, antara yang dilaporkan mengalami kesesakan.

“Trafik perlahan dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Plaza Tol Gombak dan Genting Sempah pula menghala ke Bukit Tinggi,” katanya.

Sementara itu, Lebuh Raya Utara-Selatan [email protected] turut dilaporkan perlahan dari arah utara bermula dari Skudai ke Kulai, Sedenak ke Simpang Renggam, Tangkak ke Jasin dan Senawang ke Port Dickson.

Dilaporkan situasi tersebut berlaku menghala ke arah Selatan, di mana trafik mula sesak dan perlahan bermula dari Putra Mahkota ke Nilai dan Senawang ke Pedas Linggi.

“Di [email protected] arah Selatan, ia melibatkan susur sebelum masuk ke Plaza Tol Sg. Dua, Jawi ke Bandar Cassia, Slim River ke Sungkai dan Rawang ke Sungai Buaya.

“Ke arah selatan pula, keadaan sama berlaku di Bukit Tambun ke Bandar Cassia dan Permatang Pauh ke Perai,” katanya.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...