Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka akan meningkat dan sesak mulai tengah hari ini ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas cuti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berakhir pada Selasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kesesakan dijangka dari Gopeng ke Tapah, Sungkai ke Slim River serta Pedas Linggi ke Port Dickson.

Trafik juga dijangka sesak dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan pastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi bagi mengelakkan kesesakan ketika membuat pembayaran di plaza tol,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

LLM turut memaklumkan berlaku kesesakan sepanjang empat kilometer di KM263.4 PLUS arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara susulan sebuah kereta rosak yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat sesak dan bergerak perlahan ekoran pertambahan kenderaan pada Selasa.


Anih Berhad dalam kenyataannya memaklumkan, kesesakan berlaku sepanjang tiga kilometer (km) dari Kilometer (KM) 53.9 hingga KM 50.9 dekat Lentang dan 1.8 km di KM 47 hingga KM45.2 di Bukit Tinggi.

Info trafik yang dikemas kini jam 11.15 pagi itu turut melaporkan kesesakan sepanjang 4.2 kilometer arah timur dari Plaza Tol Gombak hingga KM24 disebabkan kemalangan.

Sementara itu, aliran trafik kedua arah di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berjalan lancar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini dilaporkan berkata sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti Tahun Baharu Cina kali ini.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...