• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Pecat, Gantung Pemimpin, Ahli UMNO Sah

oleh AK-47
29/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tindakan Pecat, Gantung Pemimpin, Ahli UMNO Sah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pemecatan dan penggantungan pemimpin serta ahli Umno yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, kelmarin adalah sah di sisi perlembagaan parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, berdasarkan rujukannya dengan peguam, mengikut Perlembagaan Umno sebenarnya proses tindakan pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT.

“Proses-proses lain yang membabitkan Lembaga Disiplin dan sebagainya sebenarnya hanyalah pengurusan dalaman yang dipraktikkan.

“Oleh itu, apabila MKT sudah memperakukan pemecatan dan penggantungan ahli Umno maka pemecatan dan penggantungan itu adalah sah di sisi Perlembagaan Umno dan undang-undang serta peraturan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengulas kritikan beberapa pemimpin Umno termasuk mereka yang digantung serta dipecat, yang mendakwa tidak melalui proses wajar seperti bela diri sebelum berdepan tindakan.

Mengulas lanjut, Isham berkata, semua yang dipecat atau digantung termasuk bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar masih boleh merayu atau berjumpa Lembaga Disiplin untuk membela diri.

“Dia (Noh) masih boleh berjumpa dengan Lembaga Disiplin seperti tarikh asal jemputan iaitu 30 Januari 2023 atau esok. Lembaga Disiplin Umno bukanlah Mahkamah Persekutuan dan hukuman kepada Noh dan Khairy (Jamaluddin) ini bukanlah hukuman penjara atau hukuman mati.

“Mereka masih boleh membela diri dan merayu beberapa kali. Jika Noh dan Khairy serta lain-lain boleh mengalahkan bukti-bukti terhadap mereka yang menunjukkan mereka bersalah, saya percaya Lembaga Disiplin akan membuat keputusan seadilnya,” katanya.

Beliau juga menasihatkan semua ahli khususnya yang digantung tidak mencabar Lembaga Disiplin atau MKT untuk berdepan pemecatan seperti dilakukan sebelum ini, memandangkan tindakan ini akan memburukkan keadaan selain menunjukkan keangkuhan sendiri.

Isham juga yakin Lembaga Disiplin sudah membuat penelitian terhadap laporan dan bukti yang ada sebelum membuat keputusan menggantung Noh dan memecat Khairy serta mengambil tindakan kepada 40 orang ahli Umno yang lain.

“MKT tidak campur tangan dalam proses siasatan dan keputusan Lembaga Disiplin. Majlis Kerja Tertinggi kebiasaannya memperakukan saranan dan keputusan Lembaga Disiplin berkenaan kes-kes disiplin yang melibatkan ahli-ahli parti,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Khairy dipecat atas tindakannya menyatakan Umno sesat ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Sungai Buloh yang memberi kesan langsung terhadap sokongan pengundi di seluruh negara kepada Umno.

“Dia (Khairy) pastinya tahu dia mungkin boleh menang di (Parlimen) Sungai Buloh dengan strategi ini, tetapi dengan sedikit-sebanyak mengorbankan calon-calon Umno yang bertanding di tempat-tempat lain,” katanya.

Katanya, seramai 25 ahli yang dilucut keahlian disebabkan mereka bertanding sebagai calon atau menjadi penyokong calon di atas tiket lawan iaitu Perikatan Nasional (PN) atau bebas ketika PRU-15.

“Saya dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin sudah memeriksa dan merujuk perkara ini dengan maklumat daripada SPR. Ini termasuklah seorang pegawai Noh yang bertanding sebagai calon bebas di Tanjung Karang menentang calon Umno.

“Sementara 15 ahli didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan mereka menyokong parti lawan terutama PN semasa kempen PRU-15.

“Saya dimaklumkan terdapat banyak laporan, video dan gambar yang menunjukkan antaranya mereka berkempen dan memakai baju PN untuk calon lawan menentang calon Umno,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Gantung KeahlianPecatUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd