• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Sahabat Ke Tali Gantung, Edar Dadah Dalam Bangsal Lembu

oleh Mohd Arshad
04/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Tiga Sahabat Ke Tali Gantung, Edar Dadah Dalam Bangsal Lembu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Nasib tiga sahabat ke tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati mereka bersalah atas empat pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan Monoacetylmorphines dekat bangsal lembu, empat tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pembelaan tertuduh, C. Peter Yesudas, 55; V. Kasinathan, 43, dan K. Nagaraj, 57, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati keterangan tertuduh lebih bersifat kepada penafian tanpa bukti konkrit.

“Mereka (tertuduh) mempunyai milikan secara langsung dalam proses dadah iaitu mempunyai pengetahuan terhadap dadah dalam bangsal itu.

“Selain itu, terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh pada dadah yang dirampas di lokasi kejadian selain mempunyai milikan kawalan terhadap dadah dengan dibayar gaji oleh Balaguhan ( seorang lagi yang masih bebas),” katanya.

Pada prosiding sama, mahkamah memerintahkan pembatalan pertuduhan sama terhadap M. Radakrishnan, 52, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan, Februari tahun lalu.

Mengikut dua pertuduhan, mereka bersama S. Balaguhan, 50, yang masih bebas dengan niat mengedar heroin seberat 432.5g dan Monoacetylmorphines (152.6g).

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bangsal di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor, pukul 12.40 tengah hari, 26 November 2019. Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak manakala tiga tertuduh diwakili peguam Norman Mohd. Nasir.

Sepanjang perbicaraan bermula 15 November tahun lalu, pendakwaan mengemukakan seramai 22 saksi dan 317 eksibit manakala pembelaan melibatkan keterangan tiga tertuduh di kandang saksi.

Media sebelum ini melaporkan satu sindiket pengedaran dadah tumpas dengan penahanan 11 individu dalam serbuan terhadap sebuah bangsal ternakan lembu dan ikan yang menjadi tempat memproses bahan itu di Bukit Beruntung.

-Utusan Online

Tags: Edar Dadahtali gantung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BNM Ada Hak, Kuasa Tentukan OPR Tanpa Campur Tangan K’jaan

Next Post

Tukang Masak Maut Akibat Letupan, Serangan Bermotif Cemburu

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

16/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas tuduhan mengedar...

Next Post
Tukang Masak Maut Akibat Letupan, Serangan Bermotif Cemburu

Tukang Masak Maut Akibat Letupan, Serangan Bermotif Cemburu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd