Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gila! Gadis Mahu Kahwini...

TERKEDU seketika kami membaca pengakuan berani seorang gadis berasal dari Great Lakes, Amerika Syarikat...

KKM Bersedia Kaji Vaksin...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menjalankan kajian vaksin dan selain vaksin untuk...

Tuduhan Terhadap Adham Baba...

PUTRAJAYA - Tuduhan terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mempunyai kaitan dengan...

PM Tunai Janji, Trump...

WASHINGTON DC - Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengeluarkan kenyataan keras berhubung keganasan terhadap...

Sindiket Penipuan Tawar Penjualan Baucer Di Aplikasi Dalam Talian Songlap Ratusan Juta

Kuala Lumpur : Menawarkan baucar di aplikasi dalam talian yang boleh digunakan bagi pembelian barangan peribadi di premis terpilih dengan ganjaran menarik dan penjimatan sehingga 50 peratus.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bukan itu saja, pengguna juga boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan tersedia di aplikasi berkenaan termasuk pengisian petrol yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Itu taktik digunakan sebuah syarikat menjalankan aktiviti skim piramid serta penjualan pakej tertentu menerusi aplikasi dalam talian yang memperdaya mangsa sehingga kerugian dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Syarikat terbabit disyaki aktif melakukan aktiviti itu di Pulau Pinang selain mempunyai cawangan di beberapa negeri termasuk Selangor, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Salah seorang mangsa, Mohamad Azlan Azhar, 36, yang kerugian lebih RM90,000 mendakwa mula memuat turun aplikasi itu dan menggunakannya selepas diperkenalkan oleh seorang rakan pada awal tahun 2021.

Menurutnya, pengguna perlu membuat pembelian baucar mengikut nilai ditetapkan contohnya RM800 dan akan menerima mata ganjaran serta subsidi baucar.

Katanya, baucar berkenaan boleh digunakan di mana-mana premis perniagaan dan stesen minyak yang disenaraikan dalam aplikasi itu.

“Setiap transaksi menggunakan aplikasi itu, pengguna akan menikmati penjimatan sehingga 50 peratus. Sebagai contoh isi petrol pada harga RM90 tapi hanya bayar RM45.

“Pada mulanya memang tiada masalah menggunakan aplikasi itu sehinggalah pada awal tahun lalu, akaun dibekukan dan saya tidak dapat menebus semula wang di aplikasi berkenaan.

“Apabila saya bertanya syarikat, mereka dakwa ia bersifat sementara kerana menunggu dana dari syarikat luar negara.

“Selepas itu, aplikasi dapat digunakan semula sehinggalah dibekukan sekali lagi pada April dan saya tidak dapat menebus semula wang sehingga kini,” katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Nasib sama turut dihadapi lelaki yang mahu dikenali Izuddin, 37, dari Kuantan, Pahang, apabila kerugian RM30,000 akibat menggunakan aplikasi berkenaan.


Katanya, dia memuat turun aplikasi itu pada Jun 2021 selepas diperkenalkan oleh rakan dan membuat tambah nilai RM600 hampir setiap hari untuk mendapatkan ganjaran serta subsidi baucar.

“Sampai lah satu ketika syarikat menaikkan jumlah tambah nilai sehingga RM1,000. Pengguna tiada pilihan kerana terpaksa klik setuju dengan terma dan syarat di aplikasi itu sebelum ‘top up’ (tambah nilai).

“Selepas beberapa bulan, akaun dibekukan dan tidak dapat membuat pembelian menggunakan baucar berkenaan.

“Saya berasa tertipu dan beberapa kali menghubungi syarikat untuk menuntut semula wang tapi sehingga kini tiada maklum balas.

“Saya sudah membuat laporan polis dan kini buntu tidak tahu lagi saluran mana boleh digunakan untuk menuntut kerugian. Jadi kami mangsa sepakat meminta bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO),” katanya.

Selain itu, seorang mangsa wanita yang mahu dikenali Lim, 40, dari Subang Jaya, Selangor turut mengharapkan tindakan segera daripada pihak berkuasa bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan syarikat berkenaan.

“Saya sudah buat laporan polis dan saya menasihatkan mangsa lain turut membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kami harap dapat menemui jalan untuk menuntut keadilan,” katanya yang kerugian RM30,000.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima hampir 100 aduan berhubung aktiviti penipuan itu dan akan membawa kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat dan berharap tindakan diambil mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sekali gus mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Katanya, MHO juga akan merujuk kes berkenaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk siasatan lanjut kerana difahamkan syarikat berkenaan pernah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori