• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Segala Kemungkinan Kes Tukang Masak Kena Bom

oleh Mohd Arshad
05/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasat Segala Kemungkinan Kes Tukang Masak Kena Bom
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat segala kemungkinan dalam kes kematian tukang masak ketika memegang bungkusan bom buatan sendiri di Pandan Indah dekat sini, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan kes itu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk kemungkinan suspek dan mangsa saling mengenali serta motif cemburu.

“Kita tidak dapat nak dedahkan perincian siasatan, polis siasat dahulu namun kita siasat dari segenap sudut.

“Berilah polis masa untuk siasat kedua-dua suspek yang sedang direman ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan cemburu dipercayai motif pembunuhan tukang masak berusia 28 tahun selepas memegang bungkusan atas keretanya di sebuah restoran di Pandan Indah di sini, Khamis lalu.

Sumber dilaporkan mendakwa, tindakan dilakukan itu selepas lelaki berusia 30 tahun itu berang apabila mangsa menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

Malah, dakwa sumber lagi, ketika kejadian itu, suami isteri terbabit berada berhampiran restoran tempat mangsa bekerja.

Dakwanya, alat kawalan jauh itu kemudiannya ditekan sebaik sahaja mereka melihat mangsa memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.

“Perbuatan pasangan itu turut terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) dan sejurus selesai, pasangan terbabit melarikan diri dan pulang ke Kedah,” dakwanya.

Semalam, polis menahan reman selama tujuh hari pasangan tersebut bagi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Utusan Online

Tags: Kes Tukang Masak Kena Bompolissiasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd