• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Keluarga Diacu Parang, Disamun RM30,000

oleh Mohd Arshad
15/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Satu Keluarga Diacu Parang, Disamun RM30,000
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI : Satu keluarga di Taman Desa Jasmin, di sini, berdepan detik cemas apabila diacukan parang oleh penyamun yang memecah masuk rumah mereka dan melarikan barang kemas serta wang tunai dengan nilai keseluruhan mencecah RM30,000.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, suspek dikatakan mengacu parang kepada seorang mangsa wanita meminta supaya menyerahkan barang kemas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima aduan melalui Balai Polis Nilai mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan rumahnya disamun.

“Hasil siasatan awal mendapati, empat lelaki tempatan masuk ke rumah mangsa dengan memanjat pagar seterusnya masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci.

“Suspek dikatakan mengacukan parang kepada isteri pengadu yang sedang menggosok baju di sebuah bilik serta ahli keluarga lain sebelum mereka ditempatkan di sebuah bilik.

“Suspek juga dikatakan meminta isteri pengadu menyerahkan barang kemas yang dipakai isterinya sebelum wanita itu menyerahkannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya menggeledah rumah dan mengambil wang tunai dan melarikan diri dengan menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja.

“Pengadu mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 akibat kejadian ini,” katanya.

Abdul Malik berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BDJD) Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan dengan senjata.

“Polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terbabit dalam kes ini.

“Sekiranya orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, dinasihatkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222,” katanya.

-Berita Harian

Tags: keluargasamun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuduhan Rafizi Bagaikan Menghina Pengundi – Sanusi

Next Post

Prorakyat Kemuka Resolusi Pencarum KWSP Kepada PM

Related Posts

Anak, Keluarga OKU Mental Dipukul Dinasihat Tidak Berdendam

Anak, Keluarga OKU Mental Dipukul Dinasihat Tidak Berdendam

20/01/2025
0

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan anak lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang...

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Next Post
Prorakyat Kemuka Resolusi Pencarum KWSP Kepada PM

Prorakyat Kemuka Resolusi Pencarum KWSP Kepada PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd