• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rujuk Kepada ROS Adalah Hak Semua Ahli UMNO’ – Ismail Sabri

oleh Mohd Arshad
22/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
“Rujuk Kepada ROS Adalah Hak Semua Ahli UMNO’ – Ismail Sabri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah tempat rujukan terakhir untuk ahli parti untuk menentusahkan keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden UMNO itu berkata, setiap ahli mempunyai locus standi mempunyai kepentingan dalam parti apabila timbul masalah berkait dengan pendaftaran, kesahihan, mesyuarat dan sebagainya.

“Setiap ahli berhak atau siapa-siapa rasa nak pergi ke ROS, tidak ada sesiapa boleh menghalang mereka. Terserah kepada ROS untuk buat keputusan.

“Seperti saya kata, setiap ahli dalam UMNO berhak apabila mereka mempunyai locus standi kerana mempunyai kepentingan kepada UMNO apabila timbul masalah berkait dengan pendaftaran, kesahihan, mesyuarat dan sebagainya. Maka rujukan terakhir mereka adalah ROS,” katanya.

Ismail Sabri ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan dua ahli UMNO yang mendesak ROS meneliti laporan persidangan PAU 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang.

Kelmarin, aduan kepada ROS dibuat ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammmad Rom.

Mereka mendakwa usul berkenaan adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri menegaskan yang situasi dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini kekal tenang.

Malah katanya, situasi dalam UMNO sekarang lebih baik, malah jauh lebih tenang sekali gus menyangkal dakwaan berlaku keadaan berpuak-puak dalam UMNO.

“Lebih tenang. Sudah tentu kita tenang sekarang. Memang kita pun tenang sekarang. Tak ada masalah. Ada masalah tak dengan BN (Barisan Nasional)?” katanya

-Berita Harian

Tags: Ismail SabriROSUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd