• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM100,000 Disamun: Agihan Wang RM150 SK Kg. Rinching Ditangguh

oleh Mohd Arshad
17/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM100,000 Disamun: Agihan Wang RM150 SK Kg. Rinching Ditangguh
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Kg. Rinching, Beranang, Semenyih, terpaksa ditangguhkan berikutan kejadian samun yang terjadi pagi semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan oleh akaun Facebook rasmi sekolah itu sendiri pada malam tadi selepas wang lebih RM100,000 yang dikeluarkan oleh guru besar sekolah terbabit disamun di hadapan sebuah bank.

“Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, penyerahan BAP yang dijadualkan pada Selasa, 17 Januari, ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti. Maaf atas kesulitan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, mengesahkan telah menerima aduan pada pukul 12.17 tengah hari daripada mangsa, lelaki tempatan berusia 50 tahun dan merupakan guru besar di sekolah itu.

Hasil siasatan pihak polis Mohd. Zaid berkata, mangsa yang berseorangan ketika kejadian telah mengeluarkan wang BAP berjumlah lebih kurang RM109,000.00 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

“Selepas selesai urusan, mangsa meninggalkan wang itu yang disimpan dalam sebuah beg, di dalam keretanya jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa dapati cermin kereta miliknya telah dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya.

Katanya lagi, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai tiga juta murid yang memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima tanpa mengira had pendapatan ibu bapa akan menerima BAP bernilai RM150 seorang bermula semalam.

-Kosmo Online

Tags: Bantuan Awal PersekolahanSK Kg. Rinchingtangguh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

Next Post

Dadah: Anak Artis Popular Era 90-an Dipenjara Lapan Bulan

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Kurnia Darjah Kebesaran

Cuaca Panas: KKM Nasihat Aktiviti Luar Kelas Ditangguhkan Sementara

23/03/2024
0

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca...

Kegiatan Luar Bilik Darjah Ditangguh Jika Keadaan Bertambah Panas

Kegiatan Luar Bilik Darjah Ditangguh Jika Keadaan Bertambah Panas

11/03/2024
0

IPOH : Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menangguhkan kegiatan luar bilik darjah jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini,...

Next Post
Dadah: Anak Artis Popular Era 90-an Dipenjara Lapan Bulan

Dadah: Anak Artis Popular Era 90-an Dipenjara Lapan Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd