• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Rosmah Dianjak Dari Jun Ke Julai

oleh Mohd Arshad
06/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rayuan Rosmah Dianjak Dari Jun Ke Julai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta berkaitan projek solar hibrid yang sepatutnya didengar Jun ini di Mahkamah Rayuan, dianjakkan ke bulan berikutnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rayuan tersebut sebelum ini ditetapkan untuk pendengaran pada 22 dan 23 Jun ini namun telah dijadualkan semula untuk pendengaran selama empat hari bermula 11 Julai sehingga 14 Julai 2023.

Pada tarikh yang sama, mahkamah dijangka turut mendengar rayuan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyingkirkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan yang menjatuhi hukuman dalam kes rasuah yang dihadapinya.

Menurut peguam belanya, Datuk Akberdin Abdul Kader, tarikh baharu tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mohd. Khairi Haron sewaktu pengurusan kes itu yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Turut serta pada prosiding tersebut ialah seorang lagi peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh manakala pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam rayuan tersebut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair Thevaharan.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn yang mengesahkan perkara tersebut menyatakan, mahkamah turut mengarahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan bertulis selewat-lewatnya 9 Jun ini.

“Mahkamah juga mengarahkan agar hujahan balasan difailkan pada 23 Jun 2023. Pengurusan kes akhir ditetapkan pada 4 Julai ini,” katanya.

Pada 1 September 2022, Rosmah, 72, dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan agar hukuman tersebut ditangguhkan sehingga rayuan wanita itu diputuskan

Sehari kemudian, isteri bekas Perdana Menteri itu memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi.

Petisyen rayuan pula difailkan pada 13 Oktober lalu dengan mengemukakan 127 alasan, antaranya mendakwa Hakim Mohamed Zaini merumuskan pembelannya adalah penafian kosong semata-mata (bare denial).

Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah disabitkan meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.

Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Bagi kesalahan pertama, Rosmah dikenakan denda RM937.5 juta, kesalahan kedua RM7.5 juta manakala kesalahan ketiga RM25 juta.

Bagi setiap kesalahan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan memerintahkan ia dijalankan serentak.

Sekiranya Rosmah gagal membayar jumlah denda itu, hukuman penjaranya boleh ditambah lagi 30 tahun.

UtusanOnline-

Tags: dianjakprojek solar hibridRosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd