• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Dilanjut Hingga Akhir Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
10/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Dilanjut Hingga Akhir Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju melanjutkan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sehingga akhir tahun ini berkuat kuasa serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, menerusi program berkenaan, semua PATI yang berada di negara ini diberikan pilihan untuk pulang atau bekerja dengan tampil berdaftar yang akan dikenakan caj bayaran tertentu.

Beliau berkata, di bawah Pelan Rekalibrasi PATI dilaksanakan sehingga 31 Disember tahun lalu, seramai 418,649 orang PATI berdaftar bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 295,425 orang PATI bagi Program Rekalibrasi Pulang.

“Perbezaan pada Pelan Rekalibrasi PATI 2.0 ini adalah penetapan syarat-syarat yang lebih fleksibel tanpa mengenepikan elemen keselamatan dalam negara.

“Kerajaan akan sentiasa memastikan pengurusan pekerja asing di Malaysia sentiasa berlandaskan kepada kedaulatan undang-undang negara dan pada masa yang sama menjamin bahawa semua pekerja asing yang berada di Malaysia dilindungi haknya secara saksama,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata, program rekalibrasi ini turut terpakai dalam sektor perkhidmatan khususnya pembantu rumah yang ketika bekerja dan tinggal lebih tempoh masa.

Jelasnya, di samping mampu menyediakan keperluan tenaga kerja dalam kalangan pekerja asing sedia ada dalam negara, program rekalibrasi itu memberi pulangan hasil sehingga RM700 juta kepada kerajaan pada tahun lalu.

“Dalam negara pun sudah ada sejumlah pekerja asing atau PATI, mereka dah ada dalam negara, tidak ada dokumen sempurna, program ini mereka boleh datang dan bayar kompaun sama ada nak bekerja atau nak balik.

“Jadi ia lebih memudahkan, sektor pekerjaan terisi, dokumen difasilitasi, kenakan bayaran dan kita dapat kenal pasti mereka sebab rekod ada dan menjana hasil kepada kerajaan,” katanya.

Menurut berliau, kerajaan memberi jaminan keperluan memenuhi tenaga kerja asing tidak sama sekali menggadai pertimbangan kerajaan dalam membuat polisi ini dalam aspek keselamatan dan kedaulatan undang-undang.

“Aspek-aspek tapisan lain berhubung keselamatan tetap terpakai. Aspek kebajikan pekerja asing tetap terjaga dan sektor-sektor ekonomi dapat memenuhi keperluan mereka.

“Kita faham akan ada kebimbangan (lambakan pekerja asing), kerajaan ada siling keperluan pekerja asing yang munasabah iaitu sejumlah 2.4 juta menjelang 2025 iaitu 15 peratus dari jumlah tenaga kerja negara.

“Keperluan kerancakan ekonomi hanya bagi sektor kritikal. Ada sektor belum dibuka pekerja asing supaya ia diutamakan kepada tenaga tempatan. Ia tidak mengambil peluang kerja rakyat tempatan kerana ia hanya bagi pekerjaan 3D, peluang kerja rakyat tempatan tidak terusik,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vaksin Bivalen Dijangka Tiba Pertengahan Tahun Ini

Next Post

Perhilitan Jejak Gajah Sebabkan Kematian Remaja Orang Asli

Related Posts

No Content Available
Next Post
Perhilitan Jejak Gajah Sebabkan Kematian Remaja Orang Asli

Perhilitan Jejak Gajah Sebabkan Kematian Remaja Orang Asli

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd