• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cekup 12 ‘Superman’

oleh AK-47
29/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Cekup 12 ‘Superman’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aksi ‘superman’ di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, dekat sini memakan diri apabila 12 penunggang motosikal ditahan secara berasingan pada Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lagak penunggang terbabit dikesan menerusi Op Samseng Jalanan oleh sepasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula kira-kira jam 12.20 tengah malam.

Menurut sumber, kesemua 12 penunggang terbabit membabitkan kumpulan lain yang ditahan secara berasingan.

“Penunggang itu dikesan melakukan aksi meniarap atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang (superman), bersaing sesama sendiri serta zig-zag.

“Aksi itu jelas membahayakan kepada mereka dan pengguna jalan raya lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua penunggang terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program di sebuah restoran terkenal di Seremban, Negeri Sembilan.

Katanya, kesemua motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Y15ZR telah disita untuk tindakan lanjut.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun masing-masing dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Seremban, Serdang dan Kajang,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Tags: CekuppolisSuperman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd