• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permukiman Jemaah Menteri Di Lokasi Rahsia Esok – Fahmi

oleh AK-47
14/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Permukiman Jemaah Menteri Di Lokasi Rahsia Esok – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi permukiman bersama barisan Jemaah Menteri, esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sesi permukiman yang berlangsung di lokasi dirahsiakan itu antara lain bagi membincangkan soal hala tuju dan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian.

“Pemukiman ini tepat pada masanya kerana dalam tempoh beberapa bulan ini, menteri-menteri sudah mengenali kementerian mereka dan mempunyai kefahaman terhadap kementerian, dan ini penting untuk hala tuju kerajaan perpaduan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilapor berkata satu program permukiman akan diadakan untuk Jemaah Menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian selain bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki.

Sementara itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata gabungan itu memberi keutamaan kepada pembentukan sikap dan dasar bersama parti lain di dalam kerajaan perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara parti-parti di dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan boleh memberi gambaran dan bayangan modus operandi dalam mewujudkan hubungan antara parti-parti yang membentuk kerajaan di peringkat negeri.

“Kita sudah tubuh kerajaan perpaduan di Perak dan Pahang, tetapi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan Melaka belum ada. Jadi saya percaya ritma di peringkat persekutuan ini, perbincangan ini akan diteruskan di peringkat negeri,” katanya.

Bagaimanapun katanya keputusan mengenai kerjasama politik di peringkat negeri itu akan diputuskan Majlis Presiden PH.

Mengenai strategi menghadapi PRN di enam negeri berkenaan, Fahmi berkata langkah berbeza pastinya akan diambil antara negeri yang ditadbir parti dalam kerajaan perpaduan dan negeri di bawah pembangkang.

Enam negeri yang terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

-Malaysia Kini

Tags: jemaah menteriPermukiman Jemaah Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Beri Peluang Kepada Kami Untuk Pulihkan UMNO’ – Tok Mat

Next Post

6 PRN: UMNO Letak Calon Muka Baharu Dan Muda

Related Posts

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

07/02/2024
0

Putrajaya : Jemaah Menteri tidak membincangkan sebarang keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

05/12/2022
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan dipotong 20 peratus sehingga ekonomi pulih....

Next Post
6 PRN: UMNO Letak Calon Muka Baharu Dan Muda

6 PRN: UMNO Letak Calon Muka Baharu Dan Muda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd