Sample Page Title

SINGAPURA: Permintaan bagi tangki simpanan minyak di Singapura melambung tinggi, suatu petanda semakin banyak bahan bakar dari Russia dibawa masuk, dicampur semula dan dieksport kembali ke seluruh dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ruang tangki di Singapura pantas diisi disebabkan lonjakan permintaan dan keuntungan daripada mencampurkan bekalan bahan api murah dari Russia dengan penghantaran dari sumber lain, menurut seorang eksekutif operator tangki dan perunding yang menasihati peniaga mengenai perkara itu.

Proses itu dilakukan bagi membantu mengaburkan asal usul kargo, sekali gus melepasi sekatan dikenakan negara tertentu terhadap sumber minyak negara seperti Russia dan Iran, kata mereka.

Singapura tidak mengharamkan import minyak atau produk petroleum Russia, walaupun institusi kewangan yang berpangkalan di negara ini dilarang daripada membiayai atau berurusan dengan barangan atau syarikat Russia.

Agensi pemerintah Singapura merujuk kepada kenyataan sebelum ini mengenai larangan dan dasar had harga, tanpa ulasan tambahan.

Namun, pengendalian dan perdagangan bahan api Russia kekal sebagai isu sensitif di rantau ini, dengan sesetengah pembeli enggan dilihat membeli kargo berkenaan.

Aliran minyak mentah dan bahan api Russia ke Asia dan Timur Tengah melonjak sejak perang Moscow di Ukraine mendorong pembeli Barat memboikot minyak Russia sebagai tindak balas.

Penghantaran yang mahu mengatasi sekatan itu kini kerap menuju ke hab campuran dan pengagihan semula seperti Singapura dan Fujairah di Emiriah Arab Bersatu (UAE), di mana minyak dari pelbagai negara boleh dicampur, dibungkus semula dan dieksport ke seluruh dunia.


Trend penghantaran Russia-ke-Asia yang semakin banyak ini, serta peranan lebih besar hab dalam pengedaran semula mungkin meningkat dalam beberapa minggu mendatang, ketika Eropah bersiap sedia mengeluarkan sekatan baru ke atas produk petroleum Russia pada 5 Februari ini.

“Kami melihat terdapat lebih banyak pertanyaan bagi penyimpanan jangka pendek dalam tempoh menjelang Disember,” kata jurucakap firma simpanan minyak Advario Asia Pacific Pte.

Syarikat itu mengesahkan sumber produk untuk memastikan pematuhan terhadap sekatan Russia sebelum menerimanya, tambah jurucakap terbabit.

Jurucakap Jurong Port Universal Terminal Pte yang berpangkalan di Singapura enggan mengulas mengenai pergerakan produk tertentu, tetapi berkata, syarikat itu mematuhi semua sekatan yang dikenakan.

Data pengesanan kapal oleh Vortexa Ltd menunjukkan terminal penerima minyak Singapura menerima lebih daripada dua kali ganda jumlah minyak bahan api Russia pada Disember 2022 berbanding setahun lalu.

Singapura menerima 2.6 juta tong, hampir 40 kali ganda jumlah yang diambil setahun sebelumnya.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...