Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan KDN...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Ranking 170 Terbaik Dunia:...

APABILA peminat berang dengan kedudukan Harimau Malaya sebagai pasukan ke 170 Terbaik Dunia...

Saman Halang SPR Kendali...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman difailkan seorang...

Pekerja Binaan Mati Tertimbus...

SHAH ALAM - Seorang pekerja binaan warga Indonesia mati tertimbus ketika menjalankan kerja...

Penjara 8 Tahun, 10 Sebatan Kerana Dadah

Kuala Lumpur : Seorang lelaki dipenjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki dan mengambil dadah tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Hamidah Mohamed Deril menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Al Hafiz Abu Bakar, 27, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan memiliki dadah dan 12 bulan penjara bagi kesalahan mengambil dadah serta pengawasan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama dua tahun.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 8 Nov 2021.


Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 47.20 gram dan memasukkan dadah itu ke dalam badannya di tepi tangga Blok KP2, di Taman Kuchai Jaya di sini dan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Brickfields, pada 8.30 malam dan 10 malam, 8 Nov 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan minimum 10 sebatan dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan tidak melebihi tiga tahun.

Muhammad Al Hafiz, yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan telah insaf manakala Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori