• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan UMNO Tetap Dilangsungkan Sebelum 19 Mei

oleh AK-47
11/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pemilihan UMNO Tetap Dilangsungkan Sebelum 19 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Perwakilan perhimpunan agung Umno (PAU) tahun ini tidak akan dimaklumkan mengenai tarikh pemilihan parti, tetapi tetap dalam lingkungan enam bulan selepas PRU seperti yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata sebelum ini ROS memberi kebenaran kepada parti itu menangguhkan pemilihan selama enam bulan.

Tarikh itu, katanya, bermula pada hari pembuangan undi PRU ke-15 yang berlangsung pada 19 Nov tahun lalu.

“Tentunya akan ada perbahasan daripada perwakilan yang menyentuh tarikh pemilihan parti.

“Pemilihan hendaklah diadakan sebelum 19 Mei (iaitu) dalam tempoh enam bulan selepas membuang undi pada PRU Dewan Rakyat.

“Segala pemilihan hendaklah diselesaikan sebelum 19 Mei 2023.

“Jadi pengumuman mengenai tarikh pemilihan Umno tidak dibuat semasa PAU,” katanya.

Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan berkata demikian selepas merasmikan Laman Media PAU 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan parti pada tahun lalu namun mereka memohon kepada ROS agar ia dapat ditangguhkan.

Akan teliti prestasi PRU

Langkah itu dibuat bagi membolehkan Umno memberi tumpuan penuh kepada persediaan menghadapi PRU ke-15.

Isu pemilihan parti menjadi perhatian yang lebih ramai ekoran langkah pemimpin parti terbabit bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Umum melihat tidak wujud kesepakatan penuh dalam kalangan pemimpin parti dengan sesetengahnya secara terbuka membantah keputusan dibuat presiden mereka, Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru dijangkakan ada pemimpin tertentu akan cuba mencabar Ahmad Zahid untuk jawatan tertinggi parti terbabit.

Pada 28 Dis lalu Ahmad Zahid memberi bayangan pemilihan Umno mungkin diadakan lebih awal dari Mei dan menyerakan kepada perwakilan untuk menentukan bila masa yang sesuai.

Sementara itu Ahmad berkata isu persiapan Umno menghadapi pilihan raya di enam negeri akan turut dibincangkan dalam perhimpunan yang bermula pada malam ini.

Mengulas lanjut mengenai fokus Umno pada PAU 2022, Ahmad menjelaskan parti itu memberi tumpuan kepada pelan melangkah ke hadapan selepas menunjukkan prestasi buruk pada PRU ke-15.

“(Misalnya) Apa yang boleh dipelajari daripada PRU ke-15 walaupun Umno menang tujuh pilihan raya kecil (PRK), pilihan raya negeri Johor dan Melaka ini, yang ketika itu semuanya Ahmad Zahid sebagai presiden.

“Kenapa PRU ke-15 kita tak dapat ulangi kejayaan seperti PRK dan PRN itu?” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: pemilihan UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd