• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembeli Rumah PR1MA Boleh Dapat Pembiayaan Penuh, Tak Perlu Wang Pendahuluan

oleh Mohd Arshad
29/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembeli Rumah PR1MA Boleh Dapat Pembiayaan Penuh, Tak Perlu Wang Pendahuluan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pembeli rumah melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus merangkumi pembiayaan perumahan, kos guaman dan takaful.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama (CBP), Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pembiayaan itu hasil kerjasama CBP dan PR1MA, menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.

Katanya, skim ini membolehkan pembeli rumah membeli kediaman masing-masing tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

“Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri,” katanya di sini, semalam.

Katanya, menerusi Skim CBP MyPR1MA, para pembeli rumah PR1MA boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus.

“Ini termasuk pembiayaan perumahan serta perlindungan takaful dan takaful kebakaran. Kadar keuntungan yang ditawarkan juga adalah sangat kompetitif sama seperti institusi kewangan lain di pasaran.

“Antara kelebihan jika orang ramai mendapatkan pembiayaan di CBP adalah pembiayaan sehingga 110 peratus yang dapat memberi perlindungan risiko komprehensif yang amat bermanfaat terutama kepada pembeli rumah yang pertama,” katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata CBP turut menawarkan pelbagai pembiayaan perumahan termasuklah Pembiayaan Al-Amali (rumah dan lot kedai), Pembiayaan Ar- Rahah (pembiayaan tanah) dan juga CBP Rumah Pertamaku.

“Prestasi perniagaan pada tahun 2022 telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan kedudukan aset CBP kini telah melebihi RM7 billion yang merupakan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

“CBP juga sedang membuka langganan syer anggota bagi tambahan syer serta anggota baharu di seluruh cawangan CBP.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dan produk serta perkhidmatan perbankan lain, boleh layari www.cbp.com.my atau kunjungi 29 cawangan CBP di seluruh negara,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Pembiayaan PenuhRumah PR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[Parlimen] Lebih 10,000 Rumah PR1MA Masih Tidak Terjual

[Parlimen] Lebih 10,000 Rumah PR1MA Masih Tidak Terjual

28/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,386 unit rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) masih belum terjual setakat ini, dengan nilai pasaran kesemua rumah...

Golongan Muda Beli 50 Peratus Rumah PR1MA

08/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Sejumlah 50 peratus atau 17,543 pembeli rumah melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) seluruh negara terdiri golongan muda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd