Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Najib Adakan Pertemuan Tertutup...

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan tertutup...

Wanita Hidu Kecurangan Suami...

SEORANG wanita muda telah `menangkap’ kecurangan suaminya, yang merupakan seorang pensyarah di sebuah...

Azam Baru Yang Selalu...

RAMAI orang akan menetapkan azam apabila tiba tahun baru. Pernahkah kita terfikir apa agaknya...

Akibat Kelaparan, Ular Tedung...

KUALA PILAH - Akibat tersalah makan biawak, seekor ular tedung merana apabila dia...

‘Pelantikan Hakim Perlu Bebas Sepenuhnya Daripada Eksekutif’

PUTRAJAYA : Perlembagaan Persekutuan membabitkan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu dipinda bagi memastikan badan kehakiman bebas sepenuhnya daripada eksekutif.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata pihak kehakiman berpandangan sebarang tindakan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada sangat dialu-alukan.

Bagaimanapun, katanya, badan kehakiman berpandangan jika JAC ingin dipinda atau ditambah baik, maka peruntukan berkaitan pelantikan hakim dalam perlembagaan itu perlu diteliti.

“Ia bagi memastikan supaya apa yang ada dalam JAC dan Perlembagaan Persekutuan adalah selari.

“Dalam erti kata lain, kita tidak akan mencapai maksud wujudnya satu keadaan yang mana pelantikan hakim bebas sepenuhnya daripada badan eksekutif,” katanya dalam ucapan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Seramai 600 orang membabitkan hakim, pegawai dan pengamal undang-undang menyertai perarakan tahunan itu.


Turut hadir, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Ramkarpal Singh dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Tengku Maimun berkata, perkara itu bukanlah pandangan peribadinya, sebaliknya ia sudah dibentangkan dalam kertas cadangan pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat buku Tan Sri Tommy Thomas.

“Antara saranan badan kehakiman adalah membabitkan penambahbaikan dari segi proses pelantikan hakim.

“Perlu ada perbincangan mendalam dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan keseluruhan dan kaedah terbaik untuk bergerak ke hadapan bagi memastikan kecekapan institusi ini dapat dipertingkatkan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori