Sample Page Title

PUTRAJAYA : Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi kekal pada paras 2.75 peratus jika kadar inflasi di negara ini terus mereda pada bulan-bulan akan datang, demikian pandangan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, secara teori, bank pusat akan menggunakan dasar monetari iaitu menerusi OPR untuk mengekang tekanan kenaikan inflasi dalam pasaran tempatan, dengan jangkaan pengguna akan kurang berbelanja dan sekali gus akan meredakan peningkatan pantas inflasi dipacu permintaan.

Katanya, berdasarkan perangkaan semasa, kadar inflasi di negara ini sudah mereda dengan mencatatkan kadar 3.8 peratus pada Disember 2022.

Malah, jelasnya, bagi keseluruhan 2022, kadar inflasi Malaysia adalah 3.3 peratus, yang sejajar dengan unjuran oleh Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023.

Katanya, faktor yang memacu inflasi dalam pasaran tempatan adalah sebahagian besarnya disumbangkan harga makanan, yang mana orang membeli makanan di luar.

“Kalau kita tengok kepada angka inflasi, yang paling utama memacu inflasi adalah barang makanan siap yang kita beli di luar sama ada di restoran atau di hotel.


“Jika OPR pada paras 2.75 peratus dan kadar inflasi terus mereda pada Januari dan Februari, itu akan menunjukkan OPR boleh kekal pada 2.75 peratus,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada minggu lalu telah membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.

Bank pusat sudah menaikkan OPR empat kali berturut-turut bermula Mei, Julai, September dan November lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Keputusan MPC mengekalkan penanda aras pinjaman itu adalah luar jangkaan susulan sebahagian besar penganalisis menjangkakan kenaikan ke paras sebelum pandemik iaitu kenaikan 0.25 peratus lagi.

Dengan langkah terkini BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus, terdapat penganalisis menjangkakan bank pusat itu berkemungkinan meneruskan pendirian berkenaan untuk mengekalkan OPR pada paras itu berikutan keredaan kenaikan pantas inflasi dan tinjauan ekonomi global yang semakin kurang memberangsangkan.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...