Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO menempelak kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menyifatkan kenyataan terbaharu Abdul Hadi itu sebagai perkara yang tidak menghairankan, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kemungkinan Presiden Pas itu telah menjumpai dalil untuk menghalalkan cara.

Katanya lagi, Abdul Hadi seorang yang banyak mengeluarkan fatwa politik menggunakan Islam demi mencapai matlamat Pas malah fatwanya yang mengkafirkan orang UMNO adalah yang paling lama sehingga menimbulkan perpecahan dalam masyrakat, keluarga dan rumah tangga.

“Semua masih ingat peristiwa solat dua imam. Kawin imam orang UMNO tidak sah. Sembelihan orang UMNO haram. Anak dan ibu bapa serta adik beradik putus hubungan kekeluargaan dan berbagai musibah berlaku akibat fatwa Abdul Hadi itu.

“Kejayaan Abdul Hadi mengeluarkan fatwa dan dalil-dalil politiknya telah berjaya sehingga pengikutnya mempercayai bahawa fatwa dan dalilnya itu betul dan benar kerana Abdul Hadi digelar sebagai Tuan Guru maka apa yang keluar dari mulutnya semuanya betul dan benar.

“Mereka tidak nampak keburukan dan kemunafikan Abdul Hadi yang telah melakukan kefasikan kepada diri mereka,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.


Pada Sabtu, Abdul Hadi menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Presiden Pas itu berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, pihaknya menyeru Abdul Hadi supaya berhenti dari melakukan kerosakan kepada aqidah pengikutnya dan bertaubat dengan segera.

“Veteran UMNO mendesak Hadi supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fatwanya yang mengkafirkan orang UMNO.

“Veteran UMNO juga menyeru Hadi supaya kembali kepangkal jalan dan berhenti dari melakukan kemungkaran demi kesejahteraan ummah dan bangsa Melayu,” ujarnya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...