• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menangis, Terkencing Dicekup Berkhalwat Malam Tahun Baharu

oleh Mohd Arshad
01/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Menangis, Terkencing Dicekup Berkhalwat Malam Tahun Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI : Menangis dan terkencing. Itulah antara reaksi yang dapat disaksikan oleh pasangan yang dicekup kerana berkhalwat dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di daerah ini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Datuk Md. Rofiki Shamsudin berkata, meneruskan operasi yang dijalankan selama kira-kira tiga jam di 10 lokasi berasingan itu, seramai 15 pasangan ditahan.

Kesemua yang ditahan melibatkan 15 lelaki dan 15 wanita berusia antara 22 hingga 38 tahun.

“Individu yang ditahan terdiri daripada 18 warga tempatan dan 12 warga asing melibatkan rakyat Indonesia, Nepal dan Bangladesh.

“Tujuan Op Ambang Tahun Baharu 2023 ini diadakan untuk membanteras perbuatan maksiat serta aktiviti yang tidak bermoral daripada terus berleluasa.

“Lazimnya pada waktu sambutan percutian memang kita akan adakan, sebab biasanya mereka yang terlibat dalam kesalahan seperti ini pilih tarikh cuti am. Jadi, kita laksana mengikut keperluan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat operasi berkenaan.

Tambah Md. Rofiki, kesemua mereka diambil tindakan mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang tahun 2022, pihaknya telah melaksanakan sejumlah 1,692 operasi dengan seramai 655 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah syariah telah ditahan.

“Operasi ini dijalankan di seluruh Johor dengan bilangan kes didapati meningkat pada 2022 berbanding 2021.

“Sehubungan itu, kita akan meneruskan usaha penguatkuasaan ini selain turut meningkatkan pelbagai program pencegahan termasuk program-program di sekolah,” katanya.

-Utusan Online

Tags: khalwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd