Sample Page Title

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang lelaki warga emas hilang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Awam Tanjung Sepat di sini sejak Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor Kepten V.Siva Kumar berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa berumur 63 tahun itu digerakkan pihaknya sejak malam Sabtu dengan mengatur gerak bot Perkasa 36.

Menurutnya, pencarian disambung jam 7 pagi Ahad dengan dibantu agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut bersama menjalankan usaha mencari mangsa.

“Selain itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Jeti Maritim Awam Tanjung Sepat bagi melancarkan lagi operasi ini,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa dipercayai terjatuh setelah motosikal dan beberapa barangan peribadi milik mangsa ditemui di sekitar jeti terbabit.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju kemeja biru muda dan berseluar pendek warna coklat sebelum dilaporkan hilang.

“Sebarang maklumat, aduan dan serta situasi kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...