Thursday, February 22, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah, 2 Yang...

PUTRAJAYA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya bersetuju dengan rayuan...

Jumlah Pelawat Taj Mahal...

NEW DELHI - India merancang untuk mengehadkan jumlah pengunjung harian ke Taj Mahal...

Nasib Tiga Keluarga Mangsa...

MUAR - Nasib tiga waris mangsa kemalangan bas yang terkorban dalam satu tragedi...

Enam Ahli Keluarga Zalina...

SHAH ALAM - Enam ahli keluarga bekas pembaca berita TV3, Zalina Azman yang...

Mahkamah: Sarjan Polis Dituduh Terima Rasuah RM1,500

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM1,500, tiga tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa menerima wang rasuah tersebut daripada seorang lelaki berusia 26 tahun.

Suapan tersebut didakwa diterima setelah dia kononnya telah membantu menyelesaikan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap lelaki berkenaan.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di luar pintu utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira pukul 11.34 malam, 18 November 2020.

Ketika itu tertuduh bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Cawangan Narkotik IPD Kubang Pasu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori