• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Arah Serah Salinan Perbualan WhatsApp Kepada Anwar

oleh Mohd Arshad
11/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Arah Serah Salinan Perbualan WhatsApp Kepada Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mendapatkan salinan perbualan WhatsApp antara beliau dan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee, menetapkan keputusan itu selepas mendapati dokumen berkenaan penting dalam perbicaraan kes saman Muhammed Yusoff berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya di kediaman Presiden PKR itu di Segambut pada 2018.

“Muhammed Yusoff diarahkan membayar RM1,000 sebagai kos kepada Anwar. Pengurusan kes seterusnya pada 13 April ini,” katanya.

Peguam, Mahajoth Singh dan Navpreet Singh masing-masing mewakili Muhammed Yusoff serta Anwar.

Pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff selaku plaintif memfailkan saman itu sebelum Anwar sebagai defendan mengemukakan saman balas.

Muhammed Yusoff dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa kejadian itu berlaku ketika beliau diminta oleh Setiausaha Sulit Anwar ketika itu iaitu Shukri Saad, untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.

Muhammed Yusoff, yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019, dilaporkan berkata satu laporan polis dibuat terhadap Anwar pada 7 Disember 2019.

Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk melakukan pendakwaan.

Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuh dan merosakkan karier politik defendan, selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin yang menyokong Anwar serta orang awam.

-Berita Harian

Tags: Anwar Ibrahimmahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kepala Kanak-Kanak Tersepit Kerusi Tadika

Next Post

Zahid Jamin ‘Pembersihan Total Anasir’ Dalam UMNO – Puad

Related Posts

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Next Post
Zahid Jamin ‘Pembersihan Total Anasir’ Dalam UMNO – Puad

Zahid Jamin 'Pembersihan Total Anasir' Dalam UMNO - Puad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd