• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MA63: Sabah, Sarawak Boleh Tentukan Projek Pembangunan Bawah RM50 Juta

oleh AK-47
04/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MA63: Sabah, Sarawak Boleh Tentukan Projek Pembangunan Bawah RM50 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan ketetapan sepenuhnya sebarang projek bernilai bawah daripada RM50 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata walaupun ketika ini di kedua-dua negeri terbabit mempunyai Jabatan Kerja Raya sendiri, namun kata putus terlalu banyak dibuat oleh kerajaan pusat.

Pada masa sama kata Anwar, Sabah dan Sarawak diberikan peruntukan besar namun banyak projek tidak dapat dilaksanakan kerana kerenah pentadbiran yang memerlukan ia dirujuk ke Putrajaya.

“Justeri kerajaan memutuskan – dan Kementerian Kewangan bersetuju – bahawa mana-mana projek yang bernilai di bawah RM50 juta diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak untuk dilaksanakan dengan mematuhi peraturan kewangan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Ahli parlimen Tambun itu menegaskan ia adalah sebahagian daripada usaha Putrajaya untuk melaksanakan beberapa isu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang tertangguh sejak sekian lama.

Katanya pada akhir tahun lalu dia mengumumkan keinginan kerajaan pusat menyegerakan penyelesaian tersebut dan menugaskan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof untuk melakukannya.

Menurut Anwar dia gembira kerana pemimpin terbabit menyegerakan pertemuan dengan semua pihak yang berkenaan sehingga keputusan bersama yang dianggapnya kritikal dicapai sekali gus membolehkan hubungan lebih akrab terjalin dengan Sabah dan Sarawak.

“Kita kena ingat akan MA63, jadi kena ada satu tekad politik untuk (mewujudkan) satu semangat Malaysia dengan konsep persekutuan,” katanya.

Pengerusi PH itu juga memberitahu dia akan mengadakan perjumpaan dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg, serta Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebelum akhir bulan ini.

-Malaysia Kini

Tags: MA63projek pembangunanSabahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd