• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima ‘Superman’ Tewas

oleh AK-47
15/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lima ‘Superman’ Tewas
Share on FacebookShare on Twitter

Batu Pahat : Leka beraksi ala superman sehingga tidak sedar polis menanti untuk memberi ‘habuan’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu yang berlaku ke atas lima lelaki berumur 17 hingga 39 tahun yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar Parit Raja-Ayer Hitam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua mereka didapati menunggang dengan laju sambil melakukan aksi superman dan menukar laluan tanpa memberi isyarat selain berpatah semula untuk beberapa pusingan.

“Aksi tersebut adalah amat berbahaya pada diri mereka dan pengguna jalan yang lain. Susulan maklumat, maka Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menggerakkan operasi ini bagi membanteras aktiviti kurang sihat berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, lima motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan dalam perlumbaan itu disita, dengan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) pindaan 2020 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan pertama boleh dihukum tidak kurang lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 dan mereka boleh hilang kelayakan lesen memandu sehingga melebihi lima tahun,” katanya.

Ismail memohon orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihaknya jika mengetahui sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.

Video lagak ngeri penunggang motosikal itu turut tular di Facebook.

-Harian Metro

Tags: polisSuperman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd