• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima ‘Mat Rempit’ Dijel Sehari, Denda RM5,000

oleh Mohd Arshad
05/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
2
Lima ‘Mat Rempit’ Dijel Sehari, Denda RM5,000
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Perbuatan lima ‘mat rempit’ bersahabat ‘merempit’ di lebuh raya tahun lalu menerima balasan apabila dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman memutuskan demikian selepas semua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Tertuduh iaitu Muhammad Danial Hakim M. Satar, 24; Wan Mohamad Faizal Wan Rosli, 25; Mohamad Arizal Jaamad, 28; Wan Shahadil Wan Muhamad, 26; dan Pitri Alias, 27.

Mengikut pertuduhan, mereka yang menetap di taman perumahan sama di Rasa, Hulu Selangor didakwa menunggang motosikal masing-masing di atas jalan raya dengan cara yang ada atau mungkin membahayakan orang awam.

Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 27.5 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini, kira-kira pukul 1.50 pagi, 7 Mei tahun lalu.

Pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM15,000.

Empat daripada ‘mat rempit’ terbabit bekerja sebagai operator kilang manakala seorang lagi pekerja bengkel.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian memohon hukuman setimpal atas perbuatan tertuduh yang bukan saja membahayakan diri malah nyawa pengguna jalan raya lain.

“Selain itu, kes seumpama ini dilaporkan kerap berlaku dan hukuman diharap menjadi pengajaran berguna kepada tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Shalehhuddin Salam yang mewakili semua tertuduh memohon pengurangan kerana faktor usia dan mempunyai tanggungan keluarga.

“Kesemua anak guam saya masih muda dan empat daripadanya tinggal bersama keluarga selain menanggung kedua ibu bapa mereka. Ini merupakan kesalahan kali pertama mereka dan meminta hanya melibatkan penggantungan lesen motosikal,” katanya.

Muhammad Syafiq memerintahkan penjara sehari dan tambahan tiga bulan sekiranya gagal membayar denda RM5,000. Kesemua tertuduh membayar denda itu.

-Utusan Online

Tags: DijelMat Rempit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

Next Post

Pemilik Kelab Komedi Cabar Keputusan DBKL Batal Lesen Perniagaan

Related Posts

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

19/03/2025
0

SEREMBAN - Perbuatan terkutuk seorang bapa yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan...

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

Next Post
Pemilik Kelab Komedi Cabar Keputusan DBKL Batal Lesen Perniagaan

Pemilik Kelab Komedi Cabar Keputusan DBKL Batal Lesen Perniagaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd