• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lapor Jika Harga Makanan Kantin Sekolah Naik’

oleh Mohd Arshad
10/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Lapor Jika Harga Makanan Kantin Sekolah Naik’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Kementerian Pendidikan (KPM) meminta pihak berkaitan mengemukakan aduan berhubung dakwaan berlaku kenaikan harga makanan kantin sekolah sehingga 50 peratus.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya memantau secara konsisten kenaikan harga makanan yang dikatakan berpunca daripada peningkatan harga bahan mentah.

“Kita masih mengumpul kalau ada aduan disifatkan mengganggu dan memberi kesan kepada pengusaha kantin serta kanak-kanak dan ibu bapa.

“Jika ada aduan itu, kita minta kemukakan kepada KPM untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melawat Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa yang terjejas akibat banjir Disember lalu.

Fadhlina berkata, semua pengusaha kantin sekolah diminta merujuk garis panduan ditetapkan KPM berhubung isu kenaikan harga makanan.

Katanya, KPM sentiasa mengawal dan memantau isu berkenaan memandangkan ia membabitkan banyak pihak.

“Kantin ada garis panduan, sekolah dan kontraktor (pengusaha kantin) tertakluk dengan garis panduan berkenaan.

“Justeru, jika ada dakwaan kenaikan harga, mereka mesti rujuk kontrak dipersetujui dan garis panduan yang dibuat dengan sekolah dan pemegang taruh.

“Harga makanan adalah isu besar kerana ia bukan sahaja dengan kontraktor kantin dan sekolah tetapi juga Kementerian Kesihatan (KKM) kerana perlu melihat aspek nutrisi dan diet kanak-kanak,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, harga makanan di kantin sekolah didakwa meningkat hingga 50 peratus pada sesi pembukaan sekolah baru-baru ini, susulan peningkatan harga bahan mentah di pasaran.

Dalam lawatan itu, Fadhlina turut mengumumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Pulau Rusa bagi membantu proses penyelenggaraan kerosakan akibat banjir.

-Berita Harian

Tags: Harga Makanan Kantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd