Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan wujud ‘Langkah London’ dan pembabitannya dalam gerakan yang dikatakan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, dakwaan pembabitannya itu tidak betul kerana beliau tidak berjumpa sesiapa pun di London.

“Saya nafi kerana tidak ada pun, memang saya pergi London tapi saya tidak jumpa pun dengan sesiapa dan orang-orang yang disebut dalam dakwaan itu.

“Malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun sudah buat kenyataan, dia tidak ada di London dan berada di Dubai,” katanya dalam sidang media di Menara Dato Onn, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog mengenai pembabitan beliau bersama Ismail dalam gerakan menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2022 bermula malam ini.

Seorang penulis blog mendakwa dua Naib Presiden UMNO itu mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin di London untuk menjatuhkan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO.

Dakwaan itu menyatakan gerakan sulit yang dinamakan ‘Langkah London’ bertujuan menjatuhkan Ahmad Zahid dalam usaha menggulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Ismail Sabri yang juga bekas perdana menteri menjelaskan sebelum ini beliau bercuti dengan keluarganya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 22 Disember hingga 3 Januari lalu, tarikh yang didakwa beliau menemui pemimpin politik di London.

Mahadzir berkata, terlalu jauh untuk beliau membuat gerakan menjatuhkan kerajaan dan tidak tahu mengapa sering dikaitkan dengan tindakan sedemikian.


“Ke mana saja saya pergi ada sahaja ‘langkah’, jadi saya ada di London baru-baru ini, jadi saya fikir jauh nak pergi sampai ke London.

“Dulu (ada) Langkah Kajang saja, tidak betul sebenarnya (Langkah London), jadi saya fikir sebagai orang lama dalam UMNO, saya pun telah bersetuju dengan parti menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan saya berada dalam mesyuarat di mana keputusan dibuat menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Mengapa pula ada sekumpulan dikaitkan dengan nama saya pergi ke London adakan mesyuarat dan berusaha untuk mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau juga menegaskan supaya mana-mana pihak tidak perlu bimbang dengan mana-mana gerakan menjatuhkan kerajaan seperti Langkah Sheraton pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tidak perlu bimbang apa-apa pun, yang terjadi semacam tahun 2020 apabila Tun Dr Mahathir menubuhkan kerajaan PH, Mac 2020 terjadi tidak perlu langkah apa pun sebab isu dalaman yang membawa satu usaha menjatuhkan kerajaan itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjasama pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan PH, katanya beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan kerana tiga negeri sudah dikuasai PH dan tiga lagi di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

“UMNO dan BN belum lagi mengadakan mesyuarat dengan PH, …kerjasama yang ada sekarang ini hanya bagi penubuhan Kerajaan Perpaduan …peringkat parti belum,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...