• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji Malaysia Tahun Ini Sebanyak 31,600 Orang

oleh AK-47
10/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kuota Haji Malaysia Tahun Ini Sebanyak 31,600 Orang
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia menerima kuota penuh bagi musim haji tahun ini iaitu sebanyak 31,600 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia kepada Mohd Na’im sewaktu mesyuarat khas pada Isnin bagi membincangkan aspek persiapan Musim Haji Tahun 1444H/2023M sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Arab Saudi.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini,” kata Mohd Na’im menerusi catatan di Facebook hari ini.

Mohd Na’im berkata dalam mesyuarat tersebut, Dr Tawfiq Fawzan telah memuji Malaysia khususnya pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

“Saya telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Katanya beliau yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun Islam yang kelima.

Sehubungan itu, beliau memohon semua umat Islam supaya bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan semoga pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar.

Kuota haji Malaysia dan negara-negara lain dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara. Bagaimanapun, kuota jemaah pada tahun lepas dikurangkan berikutan pandemik Covid-19.

-Malaysia Kini

Tags: Hajikuota haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd