• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kotak Hitam Pesawat Yeti Airlines Ditemukan

oleh Mohd Arshad
17/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kotak Hitam Pesawat Yeti Airlines Ditemukan
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU : Pasukan penyelamat yang menyaring serpihan pesawat terhempas di gaung Nepal semalam menemukan data dan perakam suara kokpit serta mayat mangsa ke-69.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, punca nahas berhampiran bandar pelancongan Pokhara itu masih dalam siasatan dan usaha mencari tiga penumpang yang hilang masih diteruskan.

Jurucakap Yeti Airlines, Pemba Sherpa turut mengesahkan penemuan perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit.

Manakala pegawai tempatan, Tek Bahadur KC pula berkata kepada AFP, pihaknya kini berdoa agar berlaku keajaiban.

“Tetapi harapan untuk mencari sesiapa yang masih hidup, tiada,” katanya.

Sekurang-kurangnya 41 daripada mangsa sudah dikenal pasti, tetapi pihak berkuasa berkata, banyak lagi mayat dalam bencana penerbangan paling maut di negara itu sejak 1992 tidak dapat dikenali kerana rentung.

Satu pasukan pakar forensik sudah sampai ke Pokhara dari Kathmandu untuk melengkapkan pengenalan diri, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal.

Agensi itu berkata, pihak berkuasa mula memulangkan jenazah kepada keluarga, yang mendesak agar proses itu dipercepatkan supaya mereka boleh mengadakan pengebumian.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Krishna Prasad Bhandari memberitahu agensi berita Xinhua, mayat terbakar sehingga tidak dapat dikenali dan 80 peratus daripada pesawat itu telah musnah akibat kebakaran.

Pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan, pesawat jenis ATR 72 yang berlepas ke Kathmandu dari Pokhara itu membawa 57 warga Nepal, lima rakyat India, Russia (lima), Korea Selatan (dua) serta masing-masing seorang warga Argentina, Ireland, Australia dan Perancis.

-Utusan Online

Tags: kotak hitamPesawat Yeti Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

31/01/2025
0

WASHINGTON - Penyiasat masih belum menemukan perakam data penerbangan daripada pesawat dan helikopter tentera yang terlibat dalam perlanggaran maut di...

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

27/01/2025
0

SEOUL - Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas tragik Jeju Air bulan lepas mengeluarkan laporan awal kemalangan itu pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd