• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KLIA Ke-2 Tersibuk Di ASEAN, Ke-40 Di Dunia

oleh Mohd Arshad
28/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KLIA Ke-2 Tersibuk Di ASEAN, Ke-40 Di Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang muncul sebagai terminal udara kedua tersibuk di Asia Tenggara dengan 382 penerbangan sehari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pencapaian hebat itu disiarkan menerusi laman sesawang FlightsFrom.com diterbitkan firma statistik penerbangan antarabangsa ternama, Westcoast Digital berpusat di Sweden.

Berdasarkan perangkaan terkini akhir minggu lepas, KLIA di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia dengan 502 penerbangan setiap hari.

Apa yang menarik, hab pengangkutan udara komersial paling besar di Malaysia itu lebih sibuk berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand.

KLIA didapati memiliki kelebihan tujuh penerbangan sehari daripada Bangkok, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, Filipina pula di posisi keempat.

Anehnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura cuma di tempat keenam di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Jika di peringkat Asia pula, KLIA yang turut merangkumi terminal klia2, berada di tangga ke-16 manakala juara benua ini diraih Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di China.

Terminal di Guangzhou, ibu kota wilayah Guangdong itu mengendalikan 650 penerbangan setiap hari diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, India.

Tempat ketiga pula dipegang oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun disusuli Istanbul, Turkiye; Pudong, Shanghai, China dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Sekiranya dilihat rekod perbandingan di peringkat dunia pula, KLIA berada di posisi ke-40 di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, Kanada di tempat ke-39.

Empat buah terminal udara di Amerika Syarikat menduduki kedudukan teratas carta global dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta di tangga pertama.

Ia direkodkan mengendalikan sejumlah 902 penerbangan setiap hari diikuti O’hare Chicago, Illinois; Fort Worth Dallas, Texas dan Denver, Colorado manakala kelima ialah Baiyun.

FlightsFrom.com menjelaskan bahawa jumlah penerbangan yang dikira itu hanya meliputi penerbangan berjadual dan tidak membabitkan sewa khas atau pengangkutan barang.

Data yang dihitung itu melibatkan sejumlah 84,553 penerbangan setiap hari di seluruh dunia dengan paling banyak direkodkan ialah sekitar Asia iaitu 34,395 penerbangan sehari.

KLIA yang dibuka pada 1998 lalu bersempena dengan penganjuran Sukan Komanwel di Kuala Lumpur, diuruskan oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad milik kerajaan.

Terminal kebanggaan nasional itu menjadi hab untuk Malaysia Airlines, Air Asia, Batik Air dan UPS Airlines serta menjadi destinasi bagi 55 buah lagi syarikat penerbangan lain.

UtusanOnline-

Tags: Asia tenggaraKLIAtersibuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

05/12/2025
0

Pelancong Dakwa Dikenakan Caj Melampau Oleh Mynewshub  Kuala Lumpur – Tular dakwaan seorang pelancong asing yang mendakwa dikenakan tambang sehingga...

Trump Ceria Sebaik Tiba Di KLIA Sepang, Santai Cuba Tarian Tradisional Ikut Rentak Kompang

Trump Ceria Sebaik Tiba Di KLIA Sepang, Santai Cuba Tarian Tradisional Ikut Rentak Kompang

26/10/2025
0

SEPANG: Presiden Donald Trump kelihatan berada dalam mood ceria sebaik tiba di Malaysia apabila beliau dilihat cuba menari mengikut rentak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd