• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah Projek RM114 Juta, 4 ‘Jerung’ Ditahan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes Rasuah Projek RM114 Juta, 4 ‘Jerung’ Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Seramai empat individu antaranya pengarah urusan dan pengurus besar dua syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan projek menerusi program khas kerajaan bernilai RM114 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 38 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Tambahnya, suspek ditahan masing-masing seorang pengarah urusan dan pengurus besar daripada dua syarikat berbeza manakala dua lagi ialah pengarah syarikat daripada syarikat sama.

Katanya, seorang suspek berusia 65 tahun (pengarah urusan) dikatakan bertindak sebagai orang tengah dengan meminta dan menerima rasuah daripada dua pengarah syarikat itu dengan dibantu oleh seorang lagi suspek (pengurus besar).

“Orang tengah terbabit dipercayai meminta sebanyak tiga sehingga lima peratus daripada jumlah projek sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan projek di bawah program khas kerajaan.

“Projek itu adalah projek membina dan menaik taraf jalan di selatan tanah air,” ujarnya.

Susulan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula 11 Januari sehingga 16 Januari 2023 selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Dato’ Tan Kang Sai mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: Kes RasuahrasuahTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd