• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Jadi Stor Simpanan Mercun Diserbu Polis

oleh AK-47
09/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kedai Jadi Stor Simpanan Mercun Diserbu Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Kulai : Tindakan seorang lelaki untuk mengaut untung dengan menjual mercun sempena sambutan Tahun Baru Cina turut mengundang bahaya kepada jiran apabila menjadikan sebuah rumah kedai di Jalan Seelong Jaya, Senai sebagai stor simpanan bahan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perbuatan suspek berusia 25 tahun itu terbongkar susulan serbuan dilakukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Tampoi pada jam 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki warga tempatan ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen dan melanggar syarat lesen dibenarkan ketika serbuan dilakukan.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 8,217 unit pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM222,691 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi suatu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, bekalan mercun itu dipercayai untuk sambutan Tahun Baru Cina.

“Suspek ditahan direman selama tiga hari mulai hari ini sehingga 11 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kami menyeru masyarakat sekitar untuk bersama-sama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras sebarang bentuk jenayah di talian 07-6637222,” katanya.

-Harian Metro

Tags: mercunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd