• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Mayat Dikerat Enam Masih Teka Teki

oleh Mohd Arshad
19/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Identiti Mayat Dikerat Enam Masih Teka Teki
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH : Identiti mayat yang ditemui dalam keadaan dipotong enam di tepi jalan Kilometer (KM) 447, Lebuhraya Utara Selatan, kelmarin masih menjadi teka teki dan belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata polis kini masih berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa serta penjenayah yang melakukan perbuatan itu.

Katanya, hasil bedah siasat menganggarkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum mayatnya ditemui.

“Polis sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk mengenai identiti mangsa dan pada masa sama, tiada mana-mana pihak yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan tampil membuat laporan berkaitan kes ini.

“Siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa sedang dijalankan termasuk meneliti laporan kes orang dilaporkan hilang sebelum ini dan kita mohon mana-mana pihak yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan supaya tampil untuk bantu siasatan.

“Berdasarkan bedah siasat, mayat juga didapati tidak mempunyai kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG), maka kemungkinan besar ia warga asing. Justeru, kita juga mungkin akan memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya di sini, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan proses bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati, mangsa adalah seorang lelaki bukan warga negara Malaysia dan bukan beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, semalam dilaporkan berkata pihaknya sudah merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa dan mengesan saksi yang boleh membantu siasatan.

“Hasil laporan awal bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah berpunca daripada hentakan benda tajam dan tumpul atau ‘multiple blunt and sharp injury’,” katanya

-Berita Harian

Tags: identitiMayatpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd