• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Beranak Nyaris Maut Angkara Pemandu Mabuk

oleh Mohd Arshad
29/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Empat Beranak Nyaris Maut Angkara Pemandu Mabuk
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG : Empat beranak nyaris maut apabila kereta dinaiki dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk di Kilometer 57, Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat sini petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun yang membawa tiga ahli keluarganya tiba-tiba dirempuh Nissan Navara dipandu oleh lelaki berusia 29 tahun ketika kedua-dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Bandar Kluang menuju ke Kahang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu berusia 29 tahun itu telah melanggar bahagian belakang kereta Toyota Vios menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan sebelum melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

“Akibatnya, seorang wanita berusia 37 tahun, dua kanak-kanak perempuan termasuk pemandu kereta Toyota Vios dipercayai sebuah keluarga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemandu Nissan Navara itu berjaya ditahan polis dan hasil pemeriksaan mendapati ketika kejadian dia berada dalam pengaruh alkohol.

“Saringan ujian air kencing bagaimanapun didapati negatif dadah dan lelaki berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

-Utusan Online

Tags: pemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd