Sample Page Title

LIPIS : Dua kemalangan maut dalam tempoh 24 jam di laluan Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina iaitu di Kilometer 21, Jalan Lipis – Merapoh berdekatan Padang Tengku dan Kilometer 18 , Jalan Lipis – Benta di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pertama, kira-kira pukul 1 pagi hari ini, warga emas yang juga penumpang belakang kereta Perodua Myvi, Hasnah Mohamed, 80, yang beralamat di Kampung Raja Pasir Puteh, Kelantan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan, manakala pemandu serta tiga orang penumpang lagi mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian itu melibatkan dua buah kereta Perodua Myvi di Kilometer 21, Jalan Lipis ke Merapoh berdekatan Padang Tengku.

“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi terlibat masing-masing dalam perjalanan dari arah Kelantan menghala ke Kuala Lumpur dan dari arah Kuala Lumpur ke Kelantan.

“Sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba Perodua Myvi dari arah Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis yang sama dari arah Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, akibat kemalangan itu, penumpang sebuah kereta terlibat yang juga seorang warga emas disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan, manakala pemandu serta dua lagi penumpang telah dikejarkan oleh ambulans ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapat rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi dari arah Kuala Lumpur yang gagal mengawal semasa memandu kenderaan hingga mengakibatkan kemalangan berlaku,” katanya.

Selanjutnya, beliau berkata, dalam kemalangan kedua pada pukul 3.50 pagi di Kilometer 18 , Jalan Lipis – Benta dekat sini. seorang lagi, mangsa seorang suri rumah, Normawati Mamat, 52, beralamat di Kampung Nibong, Tanah Merah, Kelantan disahkan maut oleh petugas perubatan akibat cedera pada bahagian dalaman badan.


Turut mengalami kecederaan ringan pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Exora dan dua orang penumpang, manakala seorang kanak-kanak seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun selamat.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati pemandu bersama empat penumpang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kelantan untuk hadir menziarah majlis pengebumian bapa saudara mereka di Tanah Merah.

“Setibanya di tempat kejadian, kenderaan pelbagai guna tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, Normawati yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar daripada kenderaan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati punca kemalangan akibat kecuaian pemandu kenderaan pelbagai guna tersebut yang gagal mengawal kenderaan menyebabkan hilang kawalan dan terbabas sendiri.

“Bedah siasat kedua-dua mangsa akan dilakukan selepas saringan Covid-19 untuk mengetahui punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...