• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Penjawat Awam Ditahan SPRM Disyaki Terbabit Rasuah

oleh Mohd Arshad
17/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Penjawat Awam Ditahan SPRM Disyaki Terbabit Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Dua penjawat awam di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan jawatan masing-masing bagi meminta dan menerima sumbangan daripada ahli sebuah pertubuhan demi kepentingan sendiri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-dua penjawat awam masing-masing berusia 37 dan 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini, pada jam 7.30 malam semalam.

Sumber SPRM Negeri Sembilan berkata, kedua-dua suspek bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini masing-masing sebagai pegawai dan pembantu tadbir.

“SPRM Negeri Sembilan membuat tangkapan terhadap dua penjawat awam kerana disyaki menggunakan jawatan dan kedudukan untuk meminta dan menerima sejumlah sumbangan daripada beberapa ahli kehormat dan bersekutu pertubuhan terbabit.

“Sumbangan dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank milik suspek, isteri dan syarikat milik isteri dikatakan untuk kepentingan dirinya sendiri. Kesalahan dikesan dilakukan dari 2020 hingga 2022,” katanya.

Menurutnya, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek selama enam hari diluluskan Majistret Naziah Mohd Alias di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: Penjawat AwamrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd