• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

oleh AK-47
14/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, tindakan pantas oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama agensi terlibat berjaya mengawal keadaan dan mengelak henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH) dan LRA Semenyih.

Menurutnya, kejadian pertama membabitkan kebakaran kilang plastik di Semenyih manakala kejadian kedua susulan pencemaran minyak diesel di Sungai Slim River, Perak.

“LUAS telah mengaktifkan kod kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kedua-dua kawasan terlibat yang berisiko.

“Susulan pengesanan dan tindakan pencegahan segera oleh LUAS dan agensi terlibat, kedua-dua insiden ini berjaya ditangani segera.

“Tiada henti tugas LRA dan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kesedaran awam dan keprihatinan dalam kalangan rakyat terhadap persekitaran sumber air membolehkan tindakan segera dilakukan dan mengelak operasi LRA terjejas.

Ujarnya, komitmen bersama agensi di negeri bersempadan juga telah dapat bersama-sama membantu bagi pencegahan awal dan kesiapsiagaan dilaksanakan segera.

“Kerajaan Selangor dan LUAS sentiasa komited dan proaktif dalam memastikan kelangsungan sumber air di Selangor.

“Kami menyeru semua pihak prihatin terhadap kawasan-kawasan sensitif sumber air negeri dan perlu mempunyai kesedaran serta dan tanggungjawab untuk tidak menjadikan mana-mana kawasan sumber air terutamanya sungai sebagai tempat pelepasan atau pembuangan efluen,” katanya.

Ujar beliau, kerjasama semua pihak diharapkan kerana pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air adalah tanggungjawab bersama.

-Sinar Harian

Tags: gangguan airpencemaranselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantuan Sekolah RM150 Diagih Isnin Ini

Next Post

Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Next Post
Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd