• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Didakwa Bunuh Jurukimpal

oleh AK-47
31/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Lelaki Didakwa Bunuh Jurukimpal
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh jurukimpal warga Bangladesh yang mayatnya ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat di tepi Jalan Bestari Jaya-Rawang, tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Buruh kilang besi Md Mojibur Rahman, 30, yang juga warga Bangladesh dan penganggur warga tempatan K Visvanathan, 57, masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 5 April ini untuk mendapatkan laporan kimia serta bedah siasat.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas kenalan mereka, Khalek Sheikh, 41, di tepi Jalan Bestari Jaya-Rawang, Batu Arang, di sini, antara 9 malam hingga 9.40 malam pada 29 Disember 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan di tepi Jalan Bestari Jaya-Rawang dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta mempunyai kesan cedera di kepala.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan cedera parah di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

-Harian Metro

Tags: bunuhdakwaanJurukimpal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

12/02/2026
0

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan tidak berasas dan berniat jahat yang diterbitkan sebuah media antarabangsa serta menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd