Sample Page Title

SHAH ALAM – Dua wanita dipercayai isteri kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan bergaduh di sebuah restoran di daerah ini, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, kejadian itu tercetus akibat timbul perselisihan faham antara dua individu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertikaman lidah antara mereka di restoran itu.

“Namun, pergaduhan itu berjaya dileraikan orang ramai di lokasi kejadian.

“Kedua-dua individu itu telah tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya dengan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK).

Kosmo! sebelum ini melaporkan tular dalam TikTok pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan seorang artis dan bukanlah berstatus duda.

Wanita berusia 30 itu kemudian mengesahkan dirinya sudah berkahwin, namun enggan memperincikan butiran lanjut termasuk tarikh perkahwinan mereka.

Bekas jurulatih berusia lingkungan 60-an itu turut meletakkan telefon dan gagal dihubungi lagi sama ada menerusi panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Kosmo-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...