• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dibakar Atau bara Bawah Kain, Fokus Siasatan Kebakaran Kedua Wisma Jakel – Bomba Selangor

oleh Mohd Arshad
03/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dibakar Atau bara Bawah Kain, Fokus Siasatan Kebakaran Kedua Wisma Jakel – Bomba Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api di bawah timbunan kain, menjadi fokus siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor susulan kebakaran kali kedua yang berlaku di tempat penyimpanan kain langsir Wisma Jakel dekat Seksyen 7 di sini, tengah malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata siasatan terperinci itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari.

Katanya, tempoh itu turut meliputi keputusan analisa makmal selepas pemeriksaan menyeluruh di lakukan di lokasi kejadian.

“Itu (punca kebakaran) kita masih siasat dan mengambil segala aspek yang perlu dianalisa. Mungkin bara-bara yang tertinggal atau mungkin ada sesiapa yang naik melakukan pembakaran.

“Aspek-aspek tersebut dilihat dan dikaji secara mendalam. Setakat ini belum ada lagi satu kesimpulan yang boleh buat mengenai kebakaran kedua ini.

“Bomba memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 14 hari bagi menjalankan siasatan dan analisa termasuk mendapatkan saksi-saksi kejadian itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, aspek pendawaian juga akan dianalisa termasuk melihat peralatan elektrik yang digunakan di bangunan berkenaan.

Katanya, bomba juga akan memanggil saksi yang melihat peringkat awal kebakaran malah menerusi rakaman yang tular di media sosial pada pagi Ahad lalu, pasukannya dapat mengetahui dari mana api bermula.

“Kemungkinan kita akan panggil individu berkenaan untuk mendapatkan maklumat dengan kerjasama pihak polis,” katanya.

Terdahulu, kejadian kebakaran kali kedua yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi menjejaskan dua lagi premis di bangunan berkenaan.

Jelas Norazam, pihaknya turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan punca kebakaran sekali gus membantu proses siasatan.

Katanya, dua anjing dari baka English Springer Spaniel yang bernama Woody dan Rocco digerakkan hari ini yang akan turut mengesan sekiranya ada minyak petrol atau sisa bara api di premis yang terbakar.

“Selain itu, kita mula membuka Pusat Kawalan Hadapan (PKH) dengan lebih 10 anggota sebagai langkah pemantauan dan berjaga-jaga sekiranya berlaku kebakaran berulang.

“Bomba akan menjalankan kerja pemunggahan semua barangan terutama fabrik daripada premis yang terbakar untuk mengelakkan kejadian luar jangka seperti yang berlaku tengah malam tadi.

“Kebakaran setakat ini sudah dipadamkan sepenuhnya namun langkah pemantauan menyeluruh masih diteruskan,” katanya.

Pada Ahad lalu, Wisma Jakel yang dianggarkan bernilai RM100 juta itu terbakar dalam kejadian sekitar jam 7 pagi.

Kebakaran berkenaan dipercayai bermula di tingkat satu iaitu bahagian pakaian lelaki.

-Berita Harian

Tags: Bomba SelangorjakelKebakaran Kedua Wisma Jakel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jakel Bangun Pusat Data Bernilai RM1.2 Bilion Di Cyberjaya

Jakel Bangun Pusat Data Bernilai RM1.2 Bilion Di Cyberjaya

02/06/2024
1

KUALA LUMPUR : Kumpulan Jakel bakal membangunkan pusat data 51MW di Cyberjaya bernilai RM1.2 bilion menerusi kerjasamanya dengan PiDC Holding...

Jakel Mohon Maaf Kepada Orang Melayu

04/05/2020
0

"DENGAN rendah hati, saya mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd