Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nenek Berusia 65 Tahun...

SELEPAS beberapa kali cuba untuk mengandung melalui kaedah persenyawaan luar rahim, seorang wanita berusia...

Beri Peluang Produk Berasas...

KUALA LUMPUR - Penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport perlu diberi peluang dan...

Syarikat Bumiputera Berjaya Laksana...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syarikat-syarikat Bumiputera tidak harus...

Nurul Izzah Bukan Lagi...

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengumumkan...

DBKL Arah Henti Kerja Projek Menara SOHO, Susulan Gangguan LRT

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada Tetuan Persekutuan Seruan Islam (Jam’iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu pemilik projek Cadangan Membina 1 Blok 44 Tingkat Menara SOHO (326 unit) Dengan 1 Basemen di Lot PT 163, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, arahan memberhentikan kerja itu dikeluarkan susulan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang yang berlaku pada 27 Januari lalu.

“Dimaklumkan saya telah mengadakan mesyuarat pada 28 Januari bersama wakil daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan beberapa jabatan dalaman DBKL iaitu Jabatan Perancangan Infrastruktur, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan serta Jabatan Perancangan Korporat.

“Arahan memberhentikan kerja serta-merta ini dibuat sebagai langkah keselamatan bagi memastikan pihak APAD dan agensi berkaitan dapat menjalankan siasatan, penelitian, seterusnya mengenal pasti punca gangguan yang berlaku baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, untuk rekod, projek tersebut kini hanya di peringkat awalan iaitu melibatkan kerja-kerja tanah di luar dari kawasan zon 1 dan zon 2 (protection zone).


“DBKL menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan melibatkan pihak APAD dan Prasarana bagi mendapatkan pandangan mereka khususnya apabila terdapat permohonan pembangunan yang terletak dalam atau berhampiran dengan zon keselamatan kereta api (Railway Protection Zone),” katanya.

Sebelum ini, perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling mengalami kelewatan disebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) menerusi kenyataan sebelum ini berkata, hasil pemerhatian awal mendapati kelewatan LRT ini berpunca daripada kerosakan struktur jejambat akibat kerja pembinaan bersebelahan kawasan itu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori