• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Perumahan Negara Dikaji Semula Selaras Intisari Madani

oleh Mohd Arshad
23/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dasar Perumahan Negara Dikaji Semula Selaras Intisari Madani
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dasar Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula berdasarkan rangkuman intisari Madani supaya ianya dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan berkata, melalui pembangunan dasar perumahan baharu dan perancangan yang lebih teratur, KPKT percaya sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2025 akan berjaya melalui kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri dan pemaju swasta.

Menurut kenyataan itu, KPKT bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari peluang insentif baharu dan memudah cara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan supaya dapat memberi ruang kepada pemaju perumahan swasta bergiat aktif untuk menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti dan selesa untuk rakyat.

“KPKT sedang mengkaji dasar perumahan negara bagi melihat sektor perumahan secara menyeluruh khususnya dalam meningkatkan pelaksanaan rumah mampu milik dan penyediaan perumahan awam.

“Justeru, KPKT akan melihat beberapa contoh dasar perumahan negara-negara lain termasuk negara jiran seperti Singapura terutamanya dalam perumahan awam dan mampu milik berdasarkan kejayaan Singapura dalam penyediaan perumahan awam, sosial untuk 80 peratus rakyat Singapura yang layak dan memerlukan tanpa mengira bangsa,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Kata kenyataan itu lagi, ia membolehkan Dasar Perumahan Negara yang baharu kelak mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan berbilang kaum di Malaysia.

“Mengambil kira aspek pengurusan perumahan mampu milik Singapura, KPKT bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan daripada negara tersebut bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta,hormat, keyakinan dan ihsan,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: Dasar Perumahan Negarakaji semulaMadani
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mercun Dan Dadah Bernilai Lebih RM400,000 Dirampas

Next Post

Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utara Selatan, Karak

Related Posts

Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin

Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin

28/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR hari ini menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula...

Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid

Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid

28/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Jabatan Peguam Negara mengkaji semula semua pertuduhan yang...

Next Post
Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utara Selatan, Karak

Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utara Selatan, Karak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd