• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cikgu Pukul Cikgu Berebut Parkir

oleh AK-47
27/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cikgu Pukul Cikgu Berebut Parkir
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul seorang wanita yang juga guru sehingga cedera kerana berebut parkir di kawasan perumahan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Muhammad Fuad Jahaya, 47, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada jirannya dengan cara memukul di bahagian kepala dan lengan menggunakan tangan.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, tertuduh dan suami mangsa, Rosli Baba, 60, yang merupakan pesara guru turut didakwa atas pertuduhan secara bersama-sama melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1 tengah hari di Jalan Bertam Setia 12, Taman Bertam Setia dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Disember 2022.

Difahamkan, pergaduhan berpunca daripada perebutan ruang parkir dan berlaku ketika tertuduh ingin keluar menunaikan solat Jumaat di masjid.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohammad Naim Abd. Jalil mencadangkan jaminan RM3,000 terhadap Muhammad Fuad bagi kesalahan di bawah Seksyen 323 dan RM5,000 setiap seorang bagi kesalahan Seksyen 160.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan masing-masing memberi alasan perlu menanggung keluarga, selain Rosli memberitahu dia kini merupakan pesara guru.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Fuad diikat jamin RM1,000, manakala Rosli sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.

-Utusan Online

Tags: cikguparkir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kawalan Ketat Di Kedutaan Sweden

Next Post

Bapa Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas Dipenjara 6 Tahun

Related Posts

“Shame On You Girl” – Sharnaaz

27/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Terkenal bersikap lantang, Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil bersuara melibatkan seorang pelajar perempuan dirotan gurunya selepas mengejek dengan...

Robot Guru Tadika Pertama

02/03/2019
0

BEIJING - Masalah kekurangan guru tadika yang semakin meruncing di China menyebabkan negara itu beralih kepada robot untuk mengambil alih...

Next Post
Bapa Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas Dipenjara 6 Tahun

Bapa Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas Dipenjara 6 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd